HKHM2025 I INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG KEMENTERIAN KERJA RAYA (KKR)
Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang disemarakkan melalui Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya (KKR) pada 20 Ogos 2025 (Rabu), bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, KKR.ย
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Kementerian Kerja Raya diikuti dengan lafazย Ikrar Rukun Negara.
Sebagai simbolik, YBrs. Encik Erwin Khairul bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital), Jabatan Penerangan Malaysia menyampaikan kit Jalur Gemilang kepada YBhg. Datoโ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya. Penyerahan ini merupakan simbol perpaduan dan semangat patriotisme dalam menyemarakkan Bulan Kebangsaan.ย
Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian Lagu Jalur Gemilang sebelum majlis bersurai. Penganjuran perhimpunan kali ini bukan sahaja menjadi wadah menyampaikan maklumat dan menghargai jasa warga kerja, malah mengukuhkan lagi semangat patriotisme, integriti dan perpaduan dalam kalangan warga KKR bertepatan dengan tema Bulan Kebangsaan 2025.
#HKHM2025
#MalaysiaMADANI
#RakyatDisantuni
๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ