HKHM2025 I INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG KEMENTERIAN KEWANGAN

HKHM2025 I INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG KEMENTERIAN KEWANGAN (MOF)

Jabatan Penerangan Malaysia meneruskan Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang bersama Kementerian Kewangan (MOF)Β  pada 21 Ogos 2025 (Khamis), bertempat di Lobi Utama MOF.

Sebagai simbolik, YBrs. Encik Erwin Khairul bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital), Jabatan Penerangan Malaysia menyampaikan kit Jalur Gemilang kepada YBhg. Datuk Ramzi bin Mansor, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan). Penyerahan ini merupakan simbol perpaduan dan semangat patriotisme dalam menyemarakkan Bulan Kebangsaan.Β 

Aturcara diteruskan dengan MOF Merdeka Run 2025 yang melibatkan warga kerja MOF. Larian sepanjang 5 kilometer itu bermula dari perkarangan bangunan MOF sehingga ke Taman Wawasan. Penganjuran MOF Merdeka Run 2025 bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah memperkukuh nilai perpaduan serta semangat kecintaan kepada negara dalam kalangan peserta berbilang latar belakang dan bangsa. Program ini menjadi platform untuk warga MOF bersama masyarakat menzahirkan rasa kesyukuran dalam menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-68.

#HKHM2025
#MalaysiaMADANI
#RakyatDisantuni

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ