HKHM2025 I KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG

Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2025, #SJcitycouncil menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dengan menyertai Kempen Kibar Jalur Gemilang!

Kibarkanlah Jalur Gemilang di setiap premis perniagaan, bangunan kerajaan, premis swasta serta rumah kediaman dan pastikan Jalur Gemilang dikibarkan di lokasi yang sesuai, dalam keadaan baik, bersih dan terpelihara demi menghormati lambang kedaulatan negara.

Mari kita kibarkan Jalur Gemilang dengan megah sebagai simbol kecintaan dan solidariti kita kepada negara.