HKHM2025 I INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG BERSAMA KETUA SETIAUSAHA NEGARA

HKHM2025 I INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG BERSAMA KETUA SETIAUSAHA NEGARA

Jabatan Penerangan Malaysia meneruskan Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang melalui Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Bersama Ketua Setiausaha Negara di Perkarangan Lobi Utama Blok Timur, Bangunan Perdana Putra.  

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni oleh PENTARAMA diikuti dengan acara simbolik iaitu penyerahan Kit Jalur Gemilang oleh YBrs. Puan Julina binti Johan, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) kepada YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.

Kemuncak majlis adalah penyerahan bendera konvoi kenderaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan agensi di bawahnya. Sebanyak 11 pasukan menyertai konvoi ini termasuk Pejabat Perdana Menteri, Pejabat Timbalan Perdana Menteri I dan II, Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Edgenta serta Pejabat Ketua Setiausaha Negara.

Bagi menyemarakkan lagi suasana bulan kebangsaan, para tetamu bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sambil menyanyikan Lagu Jalur Gemilang yang turut dipersembahkan oleh kumpulan PENTARAMA.