HKHM2025 I INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG HOSPITAL REHABILITASI CHERAS
Jabatan Penerangan Malaysia meneruskan Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang bersama Hospital Rehabilitasi Cheras, Kementerian Kesihatan Malaysia pada 15 Ogos 2025 (Jumaat), pukul 8.30 pagi.
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Majulah Sejahtera, diikuti dengan bacaan Ikrar Rukun Negara. YBrs. Puan Julina binti Johan, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia turut menyampaikan ucapan dan memberi amanat berkaitan kepentingan patriotisme dan penghayatan semangat kemerdekaan. Majlis diteruskan dengan penyerahan Kit Jalur Gemilang daripada YBrs. Ketua Pengarah JAPEN kepada PKN sebagai simbolik pelancaran.
Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Inspirasi Jiwa HRC dan Anugerah Tokoh Kepimpinan Tauladan kepada YBhg. Tan Sri Razarudin bin Husain, Ketua Polis Negara ke-14. Majlis disemarakkan lagi dengan nyanyian Lagu Jalur Gemilang dan Saya Anak Malaysia.
Tetamu jemputan turut dibawa untuk lawatan ke tapak pameran dan Terowong Masa, sebelum diteruskan dengan lawatan ke Wad 2A Rehabilitasi Kanak-kanak.