HKHM2025 I BELAKANG TABIR LATIHAN PERSEMBAHAN GRAFIK SEMPENA HARI KEBANGSAAN TAHUN 2025
Sebanyak 2,000 pelajar dari 50 buah sekolah di Selangor yang terlibat dalam persembahan grafik manusia sempena sambutan Hari Kebangsaan memperuntukkan hampir 300 jam berlatih bagi menjayakan persembahan di Dataran Putrajaya, 31 Ogos ini.
Sesi latihan berpusat diadakan di KSL Esplanade, Klang yang menerapkan pelbagai elemen baharu sejajar dengan tema sambutan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”