HKHM2025 I INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG KEMENTERIAN PERLADANGAN DAN KOMODITI (KPK)
Jabatan Penerangan Malaysia meneruskan Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang bersama Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) pada 14 Ogos 2025. Dalam majlis berkenaan, YBrs. Encik Muhammad Najmi bin Mustapha, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM), Jabatan Penerangan Malaysia telah menyerahkan Kit Jalur Gemilang kepada YB Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani, Menteri Perladangan dan Komoditi. YB Menteri KPK juga turut memasang bendera pada kenderaan – kenderaan jabatan dan menyerahkan Jalur Gemilang kepada ketua – ketua jabatan dibawah KPK.Β
Program ini merupakan salah satu usaha kerajaan yang dilaksanakan melalui Jabatan Penerangan Malaysia bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan menzahirkan rasa cinta kepada negara dalam kalangan rakyat. Melalui inisiatif ini, setiap premis bangunan dan kawasan kediaman digalakkan untuk mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang Bulan Kebangsaan, sekali gus menceriakan suasana sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
#HKHM2025
#MalaysiaMADANI
#RakyatDisantuni
π²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎ