HKHM2025 I INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG KEMENTERIAN PELABURAN, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI (MITI)
Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang diteruskan dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada 14 Ogos 2025. YBrs. Encik Naim Fahmi bin Ahmad Tajuddin, Pengarah Kanan (Pengurusan), Jabatan Penerangan Malaysia menyerahkan Kit Jalur Gemilang kepada YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Program ini merupakan inisiatif kerajaan melalui Jabatan Penerangan Malaysia bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara dalam kalangan rakyat Malaysia. Melalui program ini, setiap premis bangunan dan kawasan kediaman digalakkan mengibarkan Jalur Gemilangย sepanjang Bulan Kebangsaan.ย
#HKHM2025
#MalaysiaMADANI
#RakyatDisantuni
๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ