HKHM2025 I LANGKAH LESTARI MERDEKA PERINGKAT NRES 2025
πππππππ πππππππ πππππππ πππππππππ ππππ ππππ | ππ ππππ ππππΒ
Β
Program Langkah Lestari Merdeka Peringkat Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sempena Sambutan Bulan Kebangsaan & Hari Malaysia 2025 telah menghimpunkan seramai 60 peserta di Kompleks F, Blok F11, Putrajaya.
Β
Acara anjuran NRES ini dengan kerjasama Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) menampilkan pelbagai pengisian menarik, antaranya Sesi Langkah Lestari oleh Yayasan Hijau Malaysia (YHM) di Tasik Putrajaya, serta promosi dan penerangan aplikasi MyCartoGo oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM.
Β
Program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kemerdekaan, malah mengangkat mesej kelestarian alam melalui aktiviti santai, interaktif, dan penuh makna.