HKHM2025 I PROGRAM PENTARAMA HOMECOMING (SK BANGSAR)

HKHM2025 I PROGRAM PENTARAMA HOMECOMING (SK BANGSAR)

HKHM2025 I PROGRAM PENTARAMA HOMECOMING (SK BANGSAR)
 

Program Pentarama Homecoming merupakan inisiatif  Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) yang bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme serta memupuk nilai perpaduan dalam kalangan murid-murid sekolah di seluruh negara. Melalui program ini, pelbagai aktiviti interaktif, persembahan seni, serta penyampaian mesej kenegaraan akan dibawakan secara santai dan kreatif bagi menarik minat golongan muda untuk lebih mengenali serta menghargai erti kemerdekaan.

Menariknya, program ini akan menjelajah ke lebih 80 buah sekolah merangkumi semua negeri di Malaysia, menjadikannya salah satu platform terbesar dalam menghubungkan generasi muda dengan nilai-nilai kebangsaan.

Perasmian program telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Bangsar pada 7 Ogos 2025 yang disempurnakan oleh YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi. Kehadiran beliau menyerikan majlis dan menjadi simbol sokongan padu terhadap usaha memperkukuh semangat cintakan negara dalam kalangan generasi pelapis.

Dengan pelaksanaan program ini, diharapkan murid-murid bukan sahaja memahami sejarah dan perjuangan negara, malah terus bersemangat untuk memelihara keamanan serta keharmonian yang telah dikecapi sejak kemerdekaan.