
Bersempena sambutan bulan Kemerdekaan tahun ini, Astro membawakan kepada anda ‘Kisah Perpaduan Inilah KITA’ sebagai simbol kepada pelancaran rasmi sambutan Merdeka 2025. Membawakan semangat kebersamaan yang sebenar menerusi 3 dokumentari pendek ini, Astro mengangkat kisah-kisah sebenar masyarakat Malaysia yang mencerminkan perpaduan dalam kepelbagaian dengan mengabdikan setiap dari kisah ini dalam bentuk dokumentari.
‘Kisah Perpaduan Inilah KITA’ kini boleh ditonton di platform YouTube Astro Malaysia mulai 7 Ogos 2025, pada jam 9 malam. Dokumentari tersebut mengisahkan:
Famili Ikat Tepi – Sebuah kopitiam berusia lebih 100 tahun yang menjadi simbol perpaduan, bukan sekadar kerana makanannya, tetapi kerana hubungan erat antara pelanggan pelbagai bangsa dan pemiliknya.
Tempat Letak Harmoni – Di Lutong, Sarawak, Masjid al-Naim dan Gereja The Good Shepherd berkongsi kawasan parkir sebagai simbol keharmonian antara penduduk Muslim dan Kristian. Setiap minggu, mereka bergilir menggunakan ruang parkir sebagai tanda saling menghormati.
Seni Berkawan – Tiga artis tempatan dari latar budaya dan gaya berbeza bergabung dalam satu projek seni yang meraikan perpaduan Malaysia. Mereka berkongsi lebih daripada kanvas dan warna — mereka berkongsi cerita, budaya, dan perspektif.