HKHM2025 I INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA

HKHM2025 I INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA

Tarikh: 7 Ogos 2025 (Khamis)
Masa: 2.00 petang

Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah berlangsung di Lobi Utama, Aras 1, Blok F9, Kompleks F, Putrajaya. Program ini diadakan sebagai simbolik permulaan sambutan Bulan Kebangsaan 2025 serta usaha memupuk semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan warga KPN, jabatan, agensi, dan Suruhanjaya Perkhidmatan Perpaduan (SPP).

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, ikrar Rukun Negara, serta bacaan doa. Majlis diteruskan dengan simbolik Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara. YBrs. Encik Naim Fahmi bin Ahmad Tajuddin, Pengarah Kanan (Pengurusan), Jabatan Penerangan Malaysia turut menyerahkan kit Jalur Gemilang kepada YB Menteri Perpaduan Negara.

Dalam suasana penuh semangat patriotisme, Jalur Gemilang diserahkan kepada Pengurusan Tertinggi KPN, jabatan, agensi, dan SPP serta diikuti dengan simbolik pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan rasmi KPN. Seterusnya, warga KPN bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda sokongan terhadap kempen ini.