
KPN – Pertandingan Melukis Mural Rukun Negara Peringkat Kebangsaan 2025
August 6 - October 25

“Melakar Rukun Negara, Menyatukan Warna Bangsa”
PENYERTAAN ADALAH PERCUMA !
✔️ Terbuka kepada semua sekolah menengah harian yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (SMK, SMJK, Sekolah Seni dan Sekolah Swasta)
❌ Tidak termasuk sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan
👥 Pelajar berumur 13 hingga 18 tahun (sesi persekolahan 2025)
👩🏫 Setiap penyertaan terdiri daripada seorang guru pembimbing bersama 5 hingga 15 orang pelajar
🚫 Penglibatan pelukis profesional atau luar adalah tidak dibenarkan
🖌️ Setiap sekolah boleh menghantar maksimum dua (2) lakaran mural, berwarna dan bersaiz A3
📄 Penyertaan mestilah disertakan bersama borang yang lengkap dan dihantar melalui Google Form (rujuk kod QR dalam poster rasmi)
🎨 Sebanyak 65 buah sekolah akan dipilih ke peringkat seterusnya bagi melaksanakan lukisan mural sebenar di sekolah masing-masing
📦 Cat dan peralatan melukis mural akan disediakan oleh penaja utama, Kansai Paint Asia Pacific Sdn. Bhd.
📅 Tarikh akhir penghantaran borang penyertaan: 2 September 2025 (Selasa)
📞 Sekolah yang terpilih akan dihubungi oleh pihak Arkib Negara Malaysia dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh tutup
⚖️ Keputusan panel juri adalah muktamad
🏆 Hadiah menarik menanti para pemenang!
📚 Anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Arkib Negara Malaysia
🎓 Dengan sokongan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia
📲 Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran:
🌐 https://www.arkib.gov.my
📥 Imbas kod QR dalam poster rasmi untuk menghantar lakaran dan borang penyertaan.