HKHM2025 I PENTARAMA MERDEKA @HOHO
Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025, PENTARAMA MERDEKA@HOHO menyemarakkan Sambutan HKHM di Ibu Kota Kuala Lumpur dengan persembahan patriotisme dan edaran Jalur Gemilang kepada orang ramai pada 2 Ogos 2025, pukul 7.00 malam.
Perjalanan bas KL Hop-On Hop-Off bermula di KL Tower, Sungei Wang Plaza dan berakhir di Pavilion KL. Turut bersama, YBrs. Encik Naim Fahmi bin Ahmad Tajuddin, Pengarah Kanan (Pengurusan), Jabatan Penerangan Malaysia.