HKHM2025 I MERDEKA 6.8 KM FUN RUN & WALK SEMPENA MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG 2025
Tarikh: 27 Julai 2025 (Ahad)
Tempat: Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Belia Mahkota Kluang, Muar Runners Group, Southern Volunteers dan Tangkak Runners Group. Larian sejauh 6.8 kilometer ini adalah sebagai simbolik kepada sambutan 68 tahun kemerdekaan negara, melambangkan semangat patriotisme dan kecintaan rakyat terhadap tanah air. Turut hadir dan membuat pelepasan kepada lebih 1,000 peserta adalah YB Menteri Komunikasi.